Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Terima kasih, Selamat Maju Jaya Buat Safee Sali – JDT

Image may contain: 3 people, textJOHOR BAHRU 20 Dis. – Selepas Amri Yahyah menyertai Melaka United, kini giliran penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali bakal menjadi ahli keluarga baharu pasukan PKNS pada musim depan.

Perkara berhubung penyertaan Safee bersama pasukan baharu itu diumumkan menerusi laman sosial Facebook rasmi pasukan JDT, JOHOR Southern Tigers dua jam lalu.

Menerusi Facebook itu, Pengurus pasukan dan Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak JDT, Mario Gomez turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Safee ke atas sumbangannya kepada JDT selama ini.





“Beliau masih sebahagian daripada keluarga JDT walaupun sudah tidak bersama lagi dan kami ucapkan selamat maju jaya kepadanya bersama-sama pasukan PKNS pada musim depan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pengarah Sukan kelab tersebut, Alistair Edwards mengumumkan pengambilan dua pemain import baharu bagi JDT II, Alex Smith dari Australia dan Nicolas Fernandez yang berasal dari Argentina.

Menurutnya, Alex merupakan pemain berpengalaman luas dan pernah bermain untuk Kelab Wellington Phoenix, FC Dallas, Sydney Olympic dan Negeri Sembilan.

Sementara Nicolas pula, tambahnya, merupakan pemain penyerang bahagian tengah dan pernah bermain bersama Asteras Tripoli FC di Greece dan Kelab Mallorca dan Lorca FC di Sepanyol. – UTUSAN ONLINE

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,