Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Saya Mahu China Simpan Saja Dron Yang Mereka Curi Itu – Donald Trump

BEIJING – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu AS membiarkan sahaja China menyimpan sebuah dron selam milik Tentera Laut AS yang dirampas di Laut China Selatan.

“Kita perlu memberi­tahu China bahawa kita tidak mahu dron yang mereka curi, biar saja mereka menyimpannya!” kata Trump di laman Twitter kelmarin, beberapa jam selepas tentera AS mengumumkan mencapai persetujuan dengan China untuk mendapatkan kembali dron itu.

Beliau menuduh China mencuri dron itu di perairan antarabangsa.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan China bersetuju mengembalikan d­ron itu yang diram­pas oleh sebuah kapal China pada Khamis lalu tetapi membidas Washington kerana memperbesar-besarkan insiden tersebut.





Kejadian itu me­ndorong Pentagon me-nge­mukakan bantah­an di­plo­matik. Ia juga me­ngundang kritikan Trump yang berjanji akan mengambil pendekatan lebih agresif dalam ber­urusan dengan Beijing.

Beberapa pegawai AS mendakwa, dron kawalan jauh itu dilepaskan oleh kapal USNS Bowditch untuk mengumpulkan data mengenai suhu dan kejernihan air sekitar 92 kilometer ke barat laut Teluk Subic di luar perairan Filipina apabila ia dirampas.

Kementerian Pertahanan China berkata, sebuah kapal China me­nemui ‘peralatan tidak dikenali’ dan memeriksanya untuk memastikan keselamatan navigasi sebelum mendapati ia sebuah dron AS.

“China memutuskan untuk mengembalikan dron ini kepada AS de­ngan cara yang wajar.

“Semasa proses ini berjalan, tindakan AS memperbesar-besarkan isu ini adalah tidak wajar dan tidak membantu kepada penyelesaian segera isu tersebut,” kata kementerian itu.

– AFP

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

,