Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

FAM Benarkan PKNS FC Sertai Liga Super 2017

PKNS FC akhirnya menerima lampu hijau daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2017.

Perkara itu disahkan dalam satu sidang media selepas satu mesyuarat antara Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), FAM dan PKNS di Wisma FAM pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata jawatankuasa undang-undang FAM memutuskan PKNS sebenarnya tidak tertakluk kepada undang-undang pergabungan dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) seperti diperkatakan sebelum ini.

“PKNS dibenarkan untuk beraksi pada musim depan berdasarkan keputusan jawatankuasa undang-undang FAM. Sebuah pasukan tidak dibenarkan untuk menyertai Liga M jika mereka dipecat oleh FAM atau tersingkir ke Liga Perdana atau Liga FAM.

“Perjanjian PKNS dengan FMLLP yang ditandatangani bersama pasukan-pasukan lain yang bertanding dalam Liga M awal tahun ini, melindungi kedudukan dan pelaburan mereka,” katanya.

PKNS yang dikenali dengan jolokan nama Semut Merah layak beraksi ke saingan Liga Super selepas menamatkan perlawanan Liga Perdana di tempat kedua musim lalu.





Namun penyertaan mereka masih tergantung selepas FAS enggan menyokong permohonan mereka untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Susulan itu, PKNS mengambil langkah drastik apabila bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) pada minggu lalu bagi membolehkan beraksi dalam Liga Malaysia 2017.

Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar yang menghadiri mesyuarat tersebut pada Jumaat berkata beliau menarik nafas lega apabila kemelut itu sudah berakhir.

“Episod ini akan menyuntik semangat pemain untuk aksi musim depan. Pemain kini boleh fokus kepada latihan mereka.

“Kami tiada masalah dengan FAS dan akan terus menjadi ahli gabungan mereka. Kami juga akan menjadi ahli gabungan PBMS dan saya tidak fikir ia akan menjadi masalah pada masa hadapan,” katanya.

Saingan Liga Malaysia 2017 akan membuka tirainya pada 21 Januari depan.

mStar

(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,