Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Elavarasan Optimis Khyril Bakal Mainkan Peranan Penting Untuk PKNS

Pengendali PKNS FC, E. Elavarasan, optimis bekas penyerang Negeri Sembilan dan Kedah, Khyril Muhymeen Zambri, mampu untuk memainkan peranan penting buat pasukannya musim depan.

Selepas seminggu menjalani latihan bersama PKNS, Elavarasan percaya Khyril masih merupakan antara pemain tempatan terbaik.

Namun, jurulatih itu berasa Khyril perlu menggandakan usahanya untuk mengembalikan semula tahap permainan terbaiknya.

“Banyak yang perlu dilakukannya kerana apabila anda telah hilang sentuhan dengan liga atasan, untuk membuat kemunculan semula banyak yang perlu dilakukan.

“Saya dapat melihat kesungguhannya di dalam padang, dia betul-betul mahu kembali beraksi di peringkat tertinggi,” katanya.

Khyril adalah antara muka baru tempatan yang bakal memperkuatkan barisan PKNS musim depan.

Antara muka baru lain ialah Sabre Mat Abu, Azmi Muslim dan bekas pemain tengah Pulau Pinang yang juga bekas pemain PKNS musim 2011 hingga 2014, Fauzan Dzulkifli.

“Daripada kesebelasan utama sebelum ini, mungkin dua pemain akan meninggalkan pasukan.

“Saya berharap pemain tempatan yang dibawa masuk dapat cepat menyesuaikan diri dan membentuk keserasian dengan secepat mungkin, itu yang saya pentingkan.”

stadiumastro

(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,