Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jackie Chan terima anugerah Oscar selepas 5 dekad

LOS ANGELES: Kira-kira 23 tahun lalu, Jackie Chan melihat satu trofi Oscar di rumah Sylvester Stallone dan beliau pernah menyuarakan keinginannya untuk turut memiliki trofi sama pada ketika itu.

Kelmarin, dalam majlis Anugerah Governors, pelakon Cina dan bintang seni mempertahankan diri itu akhirnya meraih trofi emasnya sendiri, satu anugerah Oscar atas usaha berdekad-dekad beliau dalam dunia perfileman.

“Selepas 56 tahun dalam industri filem, terbabit dalam lebih 200 filem, selepas begitu banyak menyimpan harapan,” kata Chan, 62, dalam majlis makan malam gala sambil memegang trofi Oscar diraih beliau.

Pelakon itu mengimbau kembali menyaksikan majlis terbabit bersama anggota keluarga. Bapanya pula bertanya mengapa anaknya itu tidak memiliki anugerah tertinggi Hollywood terbabit walaupun sudah berlakon banyak filem.


Beliau turut memuji ‘kampungnya’ Hong Kong kerana menjadikan beliau berbangga sebagai seorang Cina dan mengucapkan terima kasih kepada peminat dengan menyifatkan mereka adalah sebab “untuk terus membuat filem, melompat menerusi tingkap, menendang dan menumbuk serta mematahkan tulangnya.”

Pelakon itu diperkenalkan dengan pelakon bersama filem ‘Rush Hour’, Chris Tucker, pelakon wanita Michelle Yeoh dan Tom Hanks yang merujuk beliau sebagai Jackie ‘Chantastic’ Chan.

Hanks berkata, beliau amat bersyukur dapat mengiktiraf kerja-kerja Chan kerana seni bela diri dan aksi komedi adalah dua genre yang sering dipandang sepi, ketika musim penganugerahan.

Akademi Seni Filem dan Sains menganjurkan majlis tahunan itu, ia turut memberikan anugerah kehormat kepada penyunting filem British Anne V Coates, pengarah filem Lynn Stalmaster dan pembuat dokumentari prolifik, Frederick Wiseman. – Agensi

(Visited 8 times, 1 visits today)

Comments

comments

,