Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Mata Sumbat Gol Kemenangan United, City Tersingkir

JUAN Mata muncul penyelamat Manchester United apabila menjaringkan gol tunggal untuk menundukkan seteru jiran, Manchester City 1-0 pada perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Old Trafford, awal pagi Khamis.

Mata menguis masuk bola hantaran Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-54.

Kemenangan itu membolehkan Red Devils mara ke pusingan suku akhir.


Pada perlawanan itu, Pengurus City Pep Guardiola melakukan sembilan pertukaran dalam skuad yang beraksi menentang Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Pasukan lawan nyaris berada di depan tetapi percubaan Kelechi Iheanacho sedikit tersasar.

Guardiola turut menurunkan Sergio Aguero dan Raheem Sterling untuk mengubah rentak permainan tetapi United terus selesa menguasai perlawanan itu.

Highlight

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,