Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Final Piala Malaysia: Kedah, Selangor Sama Hebat

SHAH ALAM 29 Okt. – Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar yang bakal membuat penampilan di pentas akhir Piala Malaysia untuk kali keempat berkata kekuatan pemain muda mampu membantu Lang Merah membalas dendam setelah kalah kepada Selangor dalam perlawanan akhir tahun lalu.

Kedah kalah 2-0 kepada Selangor menerusi dua jaringan Hazwan Bakri, dan ketika itu Baddrol mengemudi pasukan yang terdiri daripada ramai pemain muda dan kurang berpengalaman. Malah mereka juga ketika itu beraksi dalam Liga Perdana manakala Selangor dalam Liga Super.

Mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukannya, Baddrol yakin pemain baharu musim lepas kini telah mengumpul cukup pengalaman untuk berdepan dengan debaran apabila menentang juara 33 kali itu di Stadium Shah Alam esok.

“Ini final keempat saya dan sememangnya saya mengimpikan kemenangan. Kekuatan kami terletak kepada gabungan pemain senior dan junior. Kami seperti sebuah keluarga. Bagi saya tahun lalu dan tahun ini tiada bezanya. Cuma di posisi serangan jurulatih ada banyak pilihan untuk digunakan,” katanya yang pernah beraksi dalam perlawanan akhir pada 2007, 2008 dan tahun lalu.


Sementara itu, kapten Selangor, Andik Vermansah berkata tanggungjawabnya dalam perlawanan akhir kali ini lebih besar berbanding tahun lalu kerana diberi peranan untuk mengetuai pasukan namun itu tidak meletakkan dirinya dalam tekanan.

“Tanggungjawab saya besar kerana bekerja sebagai kapten, harap dapat melakukan yang terbaik buat Selangor. Insya-Allah tiada sebarang tekanan untuk diri saya. Kemenangan tahun lalu mungkin beri keyakinan kepada kami.

“Kami yakin menjadi juara pada tahun ini selepas melihat kepada prestasi pasukan dalam perlawanan separuh akhir,” katanya, merujuk kepada kejayaan membelasah Terengganu FC II dengan agregat 5-1.

Dalam perkembangan berasingan, pengurus pasukan Amirudin Shari berkata habuan lumayan sedia menanti setiap pemain Red Giants jika mereka berjaya mengekalkan trofi Piala Malaysia di bumi Selangor.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , ,