Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Latif Raih Emas Ketiga Negara, Rekod Baru Dunia Paralimpik Rio

Kontinjen Paralimpik negara menghadirkan kegembiraan berganda-ganda dengan emas ketiga di Rio — yang terbaru menerusi Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 yang turut menyaksikannya tiga kali mencipta rekod baru dunia, malam ini.

Meskipun lompatan pertama atlet kelahiran Perlis itu dibatalkan, namun ia tidak melemahkan semangatnya pada lompatan kedua dengan catatan 7.47 meter, untuk memadamkan rekod dunia 7.37 meter milik Jose Exposito dari Sepanyol.


Namun, Latif masih belum puas dengan persembahannya apabila memperbaiki lompatannya pada percubaan ketiga sejauh 7.54 meter.

Dia mengakhiri acara itu dengan bergaya, apabila mencatatkan 7.60 meter dalam percubaan kelimanya.

Rekod itu jauh meninggalkan pencabar terdekatnya, Zoran Talic dari Croatia, di tempat kedua dengan catatan 7.12 meter manakala tempat ketiga milik peserta Ukraine, Dmytro Prudnikov.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,