Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Berita Palsu Meninggal Dunia, Safee Sali Jumpa Peguam

safee-saliPETALING JAYA: Penyerang Johor Darul Tazim (JDT) Safee Sali menafikan khabar angin beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pemain berusia 32 tahun itu mengesahkan beliau berada dalam keadaan sihat.

“Ish… ish apa bendalah lagi. Saya tengah sihat ni, alhamdulillah, tak ada siapa yang meninggal. Ikan yang meninggal adalah,” katanya menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi laman Twitter rasmi JDT @OfficialJohor.

Terdahulu, berita kematian bekas pemain Selangor itu turut disangkal JDT menerusi laman twitter tersebut dalam satu kenyataan pada pukul 4.23 petang Isnin.

“Khabar angin yang mengatakan bahawa pemain JDT, Safee Sali meninggal dunia adalah tidak benar,” demikian menurut kenyataan itu.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali, tidak menolak kemungkinan akan menyaman individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin “dia meninggal dunia” yang menjadi viral di laman sosial hari ini.

Perkhabaran mengenai Safee tersebar luas di media sosial, dengan bekas pemain Pelita Jaya itu mengakui ia memberi kesan kepada ahli keluarganya.

http://www.melvister.com/wp-content/uploads/2016/09/safee-meninggal-palsu.jpg

Berita palsu

Safee berkata dia akan mendapatkan nasihat peguam sebelum memutuskan tindakan selanjutnya bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada masa depan.

“Ini (kejadian) kali kedua berlaku, yang menyebabkan seluruh keluarga saya dalam kerisauan. Ia satu perkara yang tidak boleh dibuat main-main.

“Saya perlu ambil tindakan dan pertahankan diri saya daripada perkara-perkara seperti ini.

“Sudah tentu, saya akan membawa perkara ini kepada peguam dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata Safee.

Bekas penyerang kebangsaan itu turut menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kini berada di samping keluarganya di Johor Bahru.

“Alhamdullillah, saya sihat dan berada dalam keadaan baik di rumah bersama keluarga. Tidak ada apa-apa yang berlaku,” jelasnya.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,