Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ong Kim Swee Harap Keputusan Yang Baik Bertemu Indonesia

PETALING JAYA: Perlawanan persabahabatan antarabangsa kelas ‘A’ antara Malaysia bertemu Indonesia Isnin petang di Stadium Manahan, Solo, Indonesia diharap mampu memberi cerita yang  berbeza.

Pasukan Indonesia yang kembali tampil di pentas antarabangsa selepas hampir setahun digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pasti mahukan satu permulaan yang baik.

Berikutan itu, Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee tidak memandang ringan terhadap pasukan Indonesia yang telah lama tidak berentap.

“Pemain-pemain mereka tetap aktif beraksi dalam liga sendiri, malah ada juga yang beraksi di luar negara. Mereka juga antara pencabar pada saingan Piala Suzuki AFF nanti.


“Saya harap pemain-pemain mampu bersaing dan mendapat keputusan yang baik. Pada masa sama saya juga percaya Indonesia juga melakukan transisi sama seperti kita dengan kemasukan pemain muda namun saya yakin permainan mereka dengan pasukan kita tiada banyak beza kerana mereka masih dikendalikan oleh Alfred Riedl yang sudah lama menguruskan pasukan itu.

“Daripada senarai pemain Indonesia yang saya perolehi, empat atau lima pemain mereka pernah beraksi pada Piala AFF Suzuki yang lepas dan selebihnya adalah pemain-pemain muda,” jelasnya ketika sesi latihan sebelum ini.

Skuad kebangsaan sedang dipersiapkan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF 2016 yang bermula dari 19 November hingga 17 Disember ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Myanmar, Vietnam dan pasukan yang mara daripada pusingan kelayakan nanti.

Saksikan perlawanan ini secara streaming di www.bptvstream.com

mStar

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,