Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mat Yo Akui Terima Banyak Tawaran

Chelsea-player-John-Terry-L-and-Malaysia-player-Norshahrul-Idlan-Talaha-fight-for-the-ball-2072707Penyerang Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha, mengakui menerima banyak tawaran, bukan sahaja daripada Felda United, untuk jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang dibuka 20 Jun ini.

Saham Norshahrul atau Mat Yo tetap tinggi walaupun prestasinya turun naik musim ini.

Dia cuba dipancing oleh beberapa pasukan Liga Super, selain Felda United, ialah Pulau Pinang.

Semalam, The Fighters menerusi jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim, mengakui pihaknya sudah mengadakan perbincangan awal dengan penyerang berusia 30 tahun itu.


Begitupun, Mat Yo enggan terburu-buru membuat keputusan, sebaliknya menunggu jendela perpindahan pemain dibuka 20 Jun ini untuk tindakan lanjut.

“Tarikh sesi perpindahan tidak lama lagi. Saya akan lihat dan kaji balik tawaran-tawaran itu untuk membuat persetujuan. Setuju atau tidak, tunggulah perkembangan daripada saya,” katanya.

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) ini menjadi sasaran Irfan bagi memperkuatkan jentera serangan skuad Felda untuk menghadapi baki saingan Liga Super dan kempen Piala Malaysia.

Meskipun hanya membuat 10 penampilan dan menjaringkan satu gol dalam aksi Liga Super setakat ini, Mat Yo berupaya menjadi aset buat mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya.

(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,