Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Saya tidak mengenali lelaki terbabit – Safee

safee-sali“Saya terkejut dan agak marah kerana orang itu telah menyalahgunakan kepercayaan saya,” kata penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali, selepas mengetahui seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan kenderaan miliknya untuk membawa senjata.

Safee berkata, dia mengetahui mengenai penangkapan lelaki itu selepas menerima panggilan daripada polis, petang semalam, ketika bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan memenangi Piala FA dengan peminat di Segamat.

“Bukan sahaja dia memandu kereta saya tanpa sebab, tetapi turut didapati membawa pistol,” kata Safee seperti dipetik dalam laporan The Star, hari ini.

Safee hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara petang tadi, bagi memberi keterangan berhubung penemuan sepucuk pistol dan peluru hidup dalam kenderaan pacuan empat rodanya (4WD), semalam.


Menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan polis di samping menafikan pistol itu adalah miliknya.

Safee menjelaskan, dia tidak mengenali lelaki terbabit selepas kali pertama menghantar kenderaannya untuk dibaiki di sebuah bengkel di Taman Setia Tropika.

BACA: Polis temui pistol dalam kereta Safee Sali

“Saya sepatutnya mengambil kenderaan itu dari bengkel pada Selasa (16 Mei), tetapi polis memberitahu bahawa kenderaan tersebut akan simpan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, semalam.

Stadiumastro

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,