Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kebenaran menyakitkan? Teruskan membenci – TMJ

tmjSebelum ini dilaporkan pihak polis telah menahan dua individu kerana menghina kerabat di Raja Johor dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di media sosial.

TMJ dalam satu kenyataan medianya semalam melalui laman facebook Johor Southern Tigers meminta supaya pihak polis tidak menahan para pengkritik yang menghinanya itu.

“Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya,” kata baginda.

Menurut TMJ, beliau lebih suka jika pihak polis menganjurkan pertemuan antara beliau dengan individu-individu tersebut.

“Berikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja.

“Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah Taala berikan kepada saya”, jelas beliau lagi.

Baiklah. Saya berjaya meningkatkan RM30 juta wang kelab kepada RM120 juta dalam masa satu tahun sementara yang lain kehilangan wang mereka.

Saya berjaya membantu kelab dapat 6 piala dari tiada piala dalam masa 3 tahun.

Saya berjaya mengubah sebuah kelab menjadi sebuah empayar.

Saya berjaya letakkan nama negeri saya di mata dunia sementara mereka yang lain hanya memberi janji palsu kepada penyokong mereka semata-mata ingin mendapat sokongan dan undi.

Saya berjaya ubah satu nama kepada sebuah jenama.


Saya berjaya mengubah pemain professional menjadi pemain superstar.

Saya berjaya mengubah individu-individu dalam industri bolasepak jadi jutawan.

Saya memenangi piala pertama saya ketika bermain polo sewaktu saya berumur 11 tahun.

Saya satu-satunya pemain polo di dalam negara dan pemain asing yang memenangi Kejohanan Terbuka Metropolitan (high gol 24) di Argentina untuk dua tahun berturut-turut.

BACA: Tuduhan Hina TMJ, Penyokong Pahang Diangkut Ke Johor

Saya satu-satunya kerabat diraja yang menerima latihan ‘Special Forces’ dan ‘Airbone’.

Saya hanya satu-satunya warga asing yang mengetuai Perbarisan semasa Hari Kemerdekaan iaitu salah satu askar terkuat di dunia yang dikenali sebagai kuasa nuklear iaitu India.

Nama saya dinyanyikan ribuan orang apabila saya memasuki stadium.

Saya adalah seorang insan yang ‘real’ manakala sesetengah mereka (anak-anak orang kenamaan) di KL cuba berlagak ‘gangster’.

Saya disayangi oleh rakyat saya, dihormati di negeri-negeri dan negara lain, ditakuti oleh orang-orang yang mementingkan diri sendiri demi kuasa, dan billionair berusia 31 tahun yang paling dibenci oleh mereka yang mempunyai penyakit mental.

Kebenaran menyakitkan? Teruskan membenci.

Tunku Ismail mengeluarkan kenyataan media berkenaan selepas pihak polis menahan dua individu yang dipercayai telah menghinanya di laman Facebook.

Salah seorang mereka adalah Masyhur Abdullah, 29, yang didakwa memuat naik mesej berunsur menghina menggunakan Twitter atas nama @thekeluangman.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,