Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dituduh Pecah Amanah, Amy Search Kecewa Sikap Yazid

searcheBaru-baru ini kecoh ekoran aduan dan repot polis yang dibuat Yazid pemain drum kumpulan Search yang menuduh anggota kumpulannya telah mengambil bayaran yang sepatutnya diberi kepadanya.

Amy penyanyi Search telah menafikan perkara tersebut melalui ruangan komen perihal perkara yang menjadi sensasi dilaman facebook itu.

BACA: Tidak Terima Bayaran, Yazid Dakwa Dicaci Isteri Amy Search

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan Yazid yang dirasakan tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain drum tersebut memandangkan mereka telah bersama-sama berada di dalam Search sejak 35 tahun yang lalu.

Sebelum ini Yazid telah membuat laporan mendakwa berlaku pecah amanah kerana tidak menerima sebarang bayaran untuk konsert yang sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos ini.

Beliau juga mendakwa Norhasniza telah menengkingnya ketika bertanyakan tentang bayaran yang sepatutnya diterima.

(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments

,