Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bomba ambil masa lima jam bersihkan merkuri

TASEK GELUGOR – Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan cecair merkuri di sebuah pondok dalam ladang kelapa sawit di Bukit Tok Alang di sini dikatakan menjadi punca pencemaran bahan kimia itu di beberapa buah rumah di kawasan berkenaan Sabtu lepas.

Difahamkan sekumpulan kanak-kanak yang bermain di kawasan itu membawa pulang merkuri terbabit ke rumah masing-masing di Jalan Padang Menora, Kampung Baru, di sini dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu dekat sini pada Khamis.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Muhammad Hayazi Taib berkata, pihaknya menemui cecair merkuri itu dalam keadaan terdedah di lantai pondok yang berada dalam kawasan milik Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) itu.


“Merkuri itu ditemui dalam kawasan PBAPP tetapi ia bukan milik agensi berkenaan, dipercayai bahan kimia berkenaan dibuang pihak tertentu sebelum ditemui sekumpulan kanak-kanak yang bermain di situ.

“Mereka (kanak-kanak) dipercayai mengambil 300 mililiter (ml) dipercayai diagih-agihkan antara mereka untuk bermain di rumah, kira-kira 50 ml lagi dibawa ke SMK Guar Perahu Khamis lepas sehingga dua buah kelas di situ turut tercemar dengan bahan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan seramai 15 penduduk di Jalan Padang Menora, Kampung Baru di sini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana dikhuatiri terdedah kepada cecair merkuri pada Sabtu.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Abdul Aziz Yusuff berkata kesemua lima buah rumah penduduk itu juga telah dikosongkan kerana bahan tersebut turut tumpah di rumah mereka.

(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments