Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

12 Penyokong Real Madrid Ditembak Mati Pengganas IS

14 dead as terrorists attack Real Madrid supporters club in BaghdadKUMPULAN militan dilapor menembak mati 12 penyokong Real Madrid ketika mereka sedang menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Iraq pada Sabtu.

Empat lelaki bersenjata didakwa telah melepaskan tembakan rambang selepas memecah masuk kelab penyokong Real Madrid di Baquba yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Baghdad.

Ketua kelab penyokong itu Ziad Albidani memberitahu, serangan itu dilakukan ketika penyokong sedang menunggu sepakan penalti disempurnakan oleh Cristiano Ronaldo.


Akibat serangan tersebut, seramai lapan lagi penyokong Real mengalami kecederaan.

Militan itu dipercayai daripada kumpulan IS kerana mereka mengibarkan bendera selepas serangan dilakukan.

Sementara itu, Presiden Real Madrid Florentino Perez berkongsi kemenangan kelab berkenaan penyokongnya dari Iraq.

Beliau juga mengangkat piala yang dimenangi sambil mendidekasikan kemenangan kepada penyokong yang terkorban.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

,