Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

90% Setuju ASTRO Tipu Pelanggan, Monopoli Astro Tamat Februari 2017

Baru- baru ini Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu.

“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.

Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”

Berikutan kenyataan Datuk Bung, portal berita Kuala Lumpur Post telah mengadakan satu survey di kalangan pembaca dan didapati 90% telah mengundi bahawa Astro menipu pelanggan.

Di harap pihak berkenaan akan berbincang dengan Astro untuk menangani isu ini dengan segera.


Sebelum ini, Kerajaan mengekalkan hak eksklusif bagi penyiaran melalui satelit kepada pengendali “Astro” iaitu Measat Broadcast Network Systems (Malaysia) Sdn Bhd (MBNS) sehingga 28 Februari 2017, kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, kementerian itu memberitahu bahawa hak itu dikekalkan berasaskan prinsip kedudukan “no worse off” semasa penghijrahan Lesen Penyiaran kepada Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan.

“Hak eksklusif ini diberi oleh kerajaan Malaysia kepada MBNS pada 1997, sebelum Lesen Penyiaran di bawah Akta Penyiaran 1988 MBNS berhijrah ke rejim baharu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98).

“MBNS boleh meneruskan perkhidmatan penyiaran TV berbayar menerusi satelit untuk tontonan langsung kepada umum selepas 2017, tetapi bukan secara eksklusif,” kata kementerian itu menjawab soalan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin).

Hasan ingin tahu sama ada kerajaan akan menyambung hak eksklusif Astro yang akan tamat tahun depan.

Selain itu, kementerian itu menyebut syarikat-syarikat lain boleh mula memohon untuk membeli perkhidmatan penyiaran TV berbayar melalui satelit selepas 28 Februari 2017.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments

,