Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lelaki Ini Hanya Gunting Rambut Di Lokasi Ekstrem

PEKERJAAN mengunting rambut boleh menjadi bosan buat si tukang gunting rambut.

Demi menghilangkan kebosanan dan mencipta kelainan, seorang tukang gunting rambut dari Rusia, Denis Yushin akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan guntingan di tempat dan lokasi ekstrem sahaja selepas ini.

Semuanya mula tahun lalu apabila Yushin mengumumkan akan jelajah dunia selama enam tahun, meninggalkan seketika isteri dan anak perempuan berusia lima tahun di kampung halaman mereka di Krasnoyarsk.

Dana untuk sesi penjelajahannya itu ditampung dengan memotong rambut yang memerlukan khidmatnya di mana-mana sahaja lebih-lebih lagi di lokasi ekstrem dan unik agar Yushin boleh rekod pengalaman berharganya itu.

Perkhidmatannya pernah diberikan kepada pelanggan yang sedang melakukan terjunan udara, yang sedang menaiki gunung, pelanggan yang berhadapan dalam situasi banjir, menyelam dalam laut dan sebagainya. – MYNEWSHUB.CC


barber1

barber2

barber3

barber4

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments