Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kuatkan Signal WiFi Dengan Botol, Aluminium Foil

USAHAWAN teknologi dan pemilik Mikhail Game Tech PLT, Lina Maharon telah menyumbang satu idea bijak untuk membantu mereka yang sering menghadapi masalah kelajuan internet. Idea yang dikongsikan ini sangat mudah dilakukan dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

1. Eksperimen untuk pastikan sama ada botol plastik minuman dan aluminium boleh menambahkan kekuatan dan kualiti signal WiFi kita.

Kualiti signal sebelum eksperimen, adalah sebanyak 3 bintang lebih sikit. Signal strength pun kureng.

wifi01

Aplikasi untuk menentukan kekuatan WiFi boleh dimuat turun daripada Google Play Store atau iTunes. App ini bernama WiFi Network Analyzer.

2. Bahan:

wifi02

  • Botol kosong 1.5L
  • Aluminium foil
  • Gunting
  • Marker
  • Pisau kecil (tiada dalam gambar).

3. Cabut 1 antena daripada router.

Jangan takut. Tak akan kena kejutan elektrik, tetapi tangan kena keringlah.

wifi03

Nak cabut antena cuma perlu putarkan antena sampai ia longgar dan boleh dicabut.

4. Guntingkan botol menjadi corong mengikut panjang antena.

wifi04


5. Pastikan bahagian belakang ‘perisai’ dipotong lebih tinggi sedikit daripada ketinggian antena, tetapi bahagian depan haruslah dipotong rendah.

wifi05

6. Sudah selesai potong botol ikut bentuk seperti yang ditunjukkan, potong kertas aluminium untuk balut bahagian dalam belakang botol.

wifi06

7. Tandakan tutup botol dengan simbol X dan potong dengan pisau mengikut garisan X.

wifi07

8. Masukkan antena seperti ini.

wifi08

9. Sambung antena dan ‘perisai’ pada modem semula. Ini sebelah je, boleh buat perisai untuk kedua-dua antena.

wifi09

10. So, mari uji kualiti signal

… memang ada perubahan. Sebelum ni 3 bintang++, sekarang sudah hampir 5 bintang. Signal strength lebih baik.

Maka, terbukti, cara ini boleh tambahkan kekuatan signal WiFi di rumah.

Lain kali, saya akan cuba eksperimen dengan botol lebih kecil dan menggunakan kertas aluminium lebih tebal. Anda boleh cuba eksperimen juga..

wifi10

Selamat mencuba!

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

,