Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Juara AJL 30 Milik Akim & The Majistret

Embedded image permalinkTeka-teki siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL 30) akhirnya terjawab apabila lagu yang berjudul Potret nyanyian Akim & Majistret bergelar juara & membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Manakala naib juara telah disandang oleh Faizal Tahir menerusi lagu Assalamulaikum dan tempat ketiga pula dimenangi oleh lagu yang berjudul Hanya Namanu nyanyian Caliph Buskers dan berjaya menerima wang tunai berjumlah RM

Anugerah persembahan vokal terbaik dimenangi oleh Dayang Nurfaizah dengan lagu Tak Pernah Menyerah dan persembahan terbaik pula dimenangi oleh Akim & The Majistret menerusi lagu Potret membawa wang tunai RM12,000 dan trofi. Tahniah kepada para pemenang AJL ke 30!


Embedded image permalinkSENARAI PEMENANG

# Juara AJL
Lagu : Potret
Artis : Akim & The Majistret

# Naib Juara
Lagu : Assalamualaikun
Artis : Faizal Tahir

# Tempat Ketiga
Lagu : Hanya Namamu
Artis : Caliph Buskers

# Persembahan Terbaik
Lagu : Potret
Artis : Akim & The Majistret

# Vokal Terbaik
Lagu : Tak Pernah Menyerah
Artis : Dayang Nurfaizah

Comments

comments

,