Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Skuad Bolasepak Negara Layak Ke Kejohanan AFC B16 2016 Di India

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak B-15 negara berjaya menempah tiket ke pusingan akhir Kejohanan AFC Bawah 16 di India yang akan berlangsung pada 15 September hingga 2 October 2016.

Malaysia layak selaku juara kumpulan pada pusingan kelayakan selepas seri 1-1 dengan tuan rumah Laos di Vientiane semalam.

Penjaring terbanyak skuad negara Muhammad Izreen Izwandy memastikan kejayaan skuad negara apabila dia meledakkan gol keenam peribadinya dalam kejohanan tersebut untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-48 setelah Phaotthavong membuka jaringan seawal minit ke-12 perlawanan di Stadium Nasional Laos.

Malaysia memulakan kempen pada 14 September lalu dengan kemenangan besar dengan membelasah Kepulauan Mariana Utara 13-0 sebelum menewaskan Timor Leste 1-0, dua hari kemudian.


Skuad bimbingan P. Somasundram kemudian berpesta gol ketika menewaskan Filipina 7-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan G.

Lebih membanggakan, mereka menamatkan peringkat kumpulan dengan mengumpul 22 gol dan sekadar dibolosi satu gol dalam laluan ke pusingan akhir di India tahun depan.

Malaysia mengungguli Kumpulan G dengan 10 mata mara selepas mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Laos di Stadium Nasional Laos.

Keputusan seri ini menyaksikan skuad negara menamatkan saingan kelayakan tanpa kalah.

Pusingan akhir yang akan berlangsung di India nanti juga akan menjadi medan kelayakan bagi 4 pasukan untuk ke kejohanan Piala Dunia FIFA B17 2017 yang juga akan berlangsung di India. Jika India berjaya berada di kelompok 4 pasukan terbaik, berkemungkinan 5 pasukan akan layak ke kejohanan Piala Dunia tersebut.

Kedudukan kumpulan G

Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts Qualification
1  Malaysia (Q) 4 3 1 0 22 1 +21 10 Final tournament
2  Laos (H, E) 4 2 2 0 13 3 +10 8 Possible final tournament based on ranking
3  Timor-Leste (E) 4 2 1 1 18 2 +16 7
4  Philippines (E) 4 1 0 3 10 24 −14 3
5  Northern Mariana (E) 4 0 0 4 2 35 −33 0
(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

,