Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Serpihan Dipercayai Dari Pesawat MH370 Dijumpai Di Pulau Reunion

One of the images on Twitter which reportedly shows a section from the wing of flight MH370Seorang pakar penerbangan Perancis percaya bahawa beliau telah menemui serpihan daripada pesawat MH370 – penerbangan Malaysia Airlines yang hilang dalam perjalanan ke China pada Mac 2014.

Xavier Tytelman, bekas juruterbang tentera yang kini pakar dalam Keselamatan penerbangan, dihubungi pada pagi Rabu oleh seorang lelaki yang tinggal di Pulau Reunion, di Lautan Hindi. Lelaki itu menghantar siri gambar-gambar yang menunjukkan pecahan daripada kapal terbang kepada Tytelman, yang yang membuatkan lelaki Perancis itu berfikir mungkin dari pesawat yang hilang.

Polis membawa serpihan pesawat yang dijumpai (AFP/Getty Images)

“Saya telah telah mengkaji beratus-ratus gambar dan bercakap kepada rakan-rakan,” kata Tytelman memberitahu The Telegraph. “Dan kita semua fikir ianya berkemungkinan bahawa sayap yang dijumpai itu adalah daripada sebuah Boeing 777 iaitu dari jenis pesawat sama yang hilang MH370.


“Polis di Reunion memeriksa serpihan tersebut dan mendapati yang bahawa ia telah berada di dalam air dalam tempoh lebih setahun, yang sekali lagi hampir sama dengan kehilangan MH370. Kita tidak boleh mengatakan untuk kepastian, tapi kami rasa ada kemungkinan bahawa ini adalah dari pesawat MH370.”

Embedded image permalink

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,