Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tidak menang trofi lagi bosan – Mourinho

PENJAGA gol Chelsea, Thibaut Courtois (baju kuning) menyelamatkan LONDON – Pengurus Chelsea, Jose Mourinho membidas penyokong Arsenal selepas mereka mendendangkan lagu ‘Bosan, bosan Chelsea’ ketika kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emi­rates, semalam.

Chelsea kini semakin menghampiri kejuaraan liga pertama selepas 2010 apabila mengungguli saingan dengan ke­lebihan 10 mata mengatasi dua pesaing rapat, Manchester City dan Arsenal.

Mourinho yakin, pasukannya akan menjulang trofi di laman sendiri dengan menumpaskan Crystal Palace, Ahad ini, sekali gus menjawab segala kritikan yang menyifatkan permainan Blues amat membosankan kerana lebih banyak bertahan.

“Jangan gelar kami bosan.“Pada saya bosan adalah apabila anda sudah 10 tahun tidak memenangi sebarang gelaran juara. Ia memang sangat membosankan.

“Anda menyokong kelab itu dan sanggup menunggu bertahun-tahun lamanya tanpa kejuaraan Liga Perdana.
“Paling ‘membosankan’ adalah kami pasukan kedua paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Perdana dan pasukan terbaik daripada segi perbezaan jaringan.


“Hanya Manchester City yang menjaringkan gol lebih daripada kami, jadi saya rasa kami telah ba­nyak menghasilkan gol,” kata jurulatih kelahiran Portugal.

Dalam masa sama, Mourinho turut mengkritik pengendali Arsenal, Arsene Wenger yang membuat keputusan mengeluarkan pe­nyerang Olivier Giroud pada peng­hujung perlawanan.

“Saya tak rasa Chelsea membosankan, yang bosan adalah Arsenal. Mungkin mereka (penyokong Arsenal) bukan nyanyikan lagu tersebut untuk kita.

“Ketika anda benar-benar mahu memenangi perlawanan itu di laman sendiri, anda bertindak mengeluarkan pemain No. 9.
“Mungkin penyokong tuan rumah mahu melihat gandingan Welbeck dan Giroud di depan, jadi mereka telah menyanyi,” ujarnya.

Tambahnya, aksi pemain berpengalaman John Terry adalah yang terbaik sepanjang perlawanan.
“Saya kata kepada John Terry di bilik persalinan bahawa dia telah melakukan persembahan terbaik,” katanya lagi.
Chelsea menerima tamparan hebat setelah Oscar dikejarkan ke hospital pada babak pertama kerana mengalami gegaran otak. – AGENSI

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

,