Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kisah Sebenar Wanita Parah Ditikam Peha Dan Tangan

Gambar seorang wanita usia pertengahan 30’an cedera & terkulai di bahagian tempat duduk pemandu kereta, tersebar di laman sosial dengan dakwaan telefon bimbitnya disamun.
“Samun HP. Sasaran perempuan yang selalu pegang HP kat traffic light. Pecah cermin, hiris tangan. Minta beg duit dan HP. Berhati-hati,” demikian caption gambar yang ditulis oleh pengendali laman Facebook popular, OhMedia!.
Bagaimanapun, itu bukanlah punca sebenar kejadian.
Mangsa yang cedera di parah di bahagian peha dan tangan kirinya itu sebenarnya dirompak oleh dua lelaki India.
Farra Ain Marzuki ada cerita sebenarnya.

“Ini semua cerita salah. Cerita sebenarnya, perempuan ini baru keluar duit dari bank. Lepas itu, masa dia nak masuk kereta, ada seorang lelaki India pun masuk terus cucuk peha dia. Bagi amaran supaya dia diam.
“Lepas itu, lelaki itu suruh perempuan ini bawa kereta ke tempat sunyi yang banyak pokok. Dalam perjalanan, perempuan ini cuba buka tingkap. Lelaki India ini nampak terus cucuk lengan dan kelar-kelar tangan dia.
“Perempuan itu terus takut. Tak buat apa-apa pun. Terus ikut arahan.
“Lelaki India itu bukan seorang, tetapi berdua. Kawan dia bawa motosikal. Dia ambil duit, terus keluar dari kereta. Nasib baik dia tak ambil kereta dengan hp.
“Perempuan ini adik kepada kawan saya. Kesian dia,” jelas Farra.

 

Kes mangsa disamun selepas mengeluarkan wang dari mesin ATM sudah kerap berlaku. Kepada orang ramai khususnya kaum wanita, pastikan anda ditemani oleh saudara/rakan lelaki ketika mengeluarkan wang dari ATM.
(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments