Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

GAMBAR Kereta Ferrari RM1.5 juta hangus Di Bangsar

Kuala Lumpur: Seorang lelaki dan wanita berusia 30-an terselamat selepas kereta mewah Ferrari model F430 berharga lebih RM1.5 juta itu tiba-tiba terbakar ketika melalui Jalan Rakyat (Jalan Travers), Bangsar, petang tadi.

Dalam kejadian 6 petang itu, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian enjin kereta berkenaan sebelum merebak sehingga ke bahagian pemandu.

Difahamkan, mangsa yang menyedari asap mulai keluar bergegas keluar dari kenderaan berkenaan sebelum pasukan bomba tiba.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Pegawai Kanan Bomba II Isyarudin Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, 6 petang tadi.
“Enam anggota dengan sebuah jentera terbabit dalam operasi ini.

“Ketika sampai di lokasi, pihak kami mendapati api sedang marak dari bahagian belakang kenderaan sebelum api berjaya dipadamkan dalam tempoh lima minit,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan punca sebenar kebakaran masih lagi dalam siasatan.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments