Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

PBNJ Hantar Gary Berlatih Di Borussia Dortmund

Gary Steven-Robbat yang digantung 3 bulan dan didenda sebanyak RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini dikhabarkan bakal menjalani latihan di Signal Iduna Park bersama kelab gergasi Borussia Dortmund.

Berdasarkan maklumat yang boleh didapati dilaman sosial, Gary bakal menjalani latihan dibawah kendalian barisan jurulatih gergasi Jerman itu selama tempoh penggantungan kerana FAM tidak membenarkan pemain kelahiram Kulim, Kedah itu berlatih bersama skuad The Southern Tigers musim ini.

Kerjasama yang dijalinkan diantara JDT dan Borussia Dortmund sebelum ini telah membolehkan Gary menimba pengalaman bersama mereka.


Petikan dari laman rasmi PBNJ

Usaha sama yang terjalin di antara pasukan Johor Darul Ta’zim bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund membolehkan Gary Steven Robbat dihantar ke sana untuk menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih mereka. Gary yang digantung tiga bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti di bawah anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan berada di Jerman sepanjang tempuh pergantungan. Semoga Gary akan menggunakan peluang ini untuk mempertingkatkan mutu permainan beliau dan seterusnya dapat memantapkan lagi pasukan JDT.

Sekiranya tiada halangan dari pihak FAM, tempoh tiga bulan penggantungan Gary Steven-Robbat mungkin boleh dilihat sebagai satu perkara yang positif kerana ianya telah membuka peluang buat pemain itu berlatih di Jerman.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,