Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Gary Mungkin Terpaksa Kembali Ke Kedah

Walaupun pasukan Liga Super Johor Darul Takzim telah mendedahkan Gary Steven Robbat sebagai anggota skuad Harimau Selatan bagi menghadapi musim baru Liga M namun kisah perebutannya masih belum tamat.

Hal ini kerana mengikut undang-undang status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), setiap pemain yang dilepaskan Harimau Muda wajib kembali ke pangkuan negeri kelahiran mereka.


Dalam kes Gary Steven Robbat yang berasal dari Kulim, pemain itu sepatutnya menyertai skuad Kedah dan beraksi selama setahun dan perlu mendapatkan kebenaran dari kem Lang Merah jika mahu beraksi untuk pasukan lain.

Jika dilihat berdasarkan fakta ini, Kedah mempunyai kelebihan untuk menentukan masa depan pemain itu.

Bererti tidak kira kelab mana pun yang telah mendaftarkan Gary Steven Robbat, sebarang kontrak adalah tidak sah kerana pemain itu wajib beraksi untuk Kedah.


Difahamkan Skuad Lang Merah berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Harimau Malaya itu.

Ianya pasti menarik untuk melihat jersi manakah yang akan disarung Gary Steven untuk musim baru Liga M.

KFA sebelum ini pernah menyatakan bahawa JDT ada menghantar surat permohonan pelepasan pemain itu dari pihaknya.

Apapun rata-rata kebanyakan peminat Kedah tidak sukakan Gary kerana mendakwa pemain itu tidak mempunyai semangat menaikkan pasukan negeri sendiri.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,