Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

KFA Sahkan Gary Steven Robbat Masih Milik Kedah

gary-steven-robbatALOR SETAR, 7 Dis: Persatuan Bolasepak Kedah, KFA mengesahkan pemain kebangsaan, Gary Steven Robbat, 22, yang kini mewakili pasukan Harimau Malaya bagi menghadapi Kejohanan Piala Suzuki AFF 2014 adalah milik pasukan itu.

Penolong pengurus pasukan Kedah, Shafarizam Baderon berkata, Gary pernah bermain bersama pasukan muda Kedah ketika berusia belasan tahun sebelum dihantar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan mewakili Harimau Muda.

Beliau berkata, Gary sepatutnya kembali melapor diri bersama pasukan Kedah dan beraksi selama setahun bersama pasukan selepas selesai tugasan bersama skuad Harimau Muda.


“Bagaimanapun, sehingga hari ini Gary masih belum melapor diri bersama pasukan, sebaliknya semalam KFA menerima surat daripada pemain tersebut yang minta dilepaskan..” Kata Shafarizam ketika dihubungi Berita KEDAHfm.

Katanya, KFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemain berasal dari Kulim itu dan membawa isu berkenaan ke pengetahuan Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM.

Pengesahan bahawa Gary milik pasukan Kedah diperkuatkan lagi apabila KFA menerima surat permohonan daripada pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim, JDT, yang mahu mendapatkan khidmat pemain terbabit, awal bulan ini.

“Kita mintak Gary balik ke Kedah dahulu dan apa-apa keputusan yang akan diambil akan kita bincangkan kemudian..mana-mana pasukan yang ingin melamar Gary perlu berunding dengan KFA melalui prosedur yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM”


Kemelut berhubung pasukan yang diwakili Gary muncul apabila tiga pasukan, Pahang, Kedah dan JDT mendakwa pemain terbabit akan mewakili pasukan tersebut musim depan.

Malah gambar Gary memegang jersi Pahang kini tersebar di media cetak dan media sosial. – Kedahfm

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,