Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Astro Patut Ditutup, Tipu Rakyat & Kerajaan – Bung Mukhtar

Ini bukannya isu baharu kerana ia sering dilaporkan media sejak dahulu. Ramai pengguna mempertikaikan perkhidmatan disajikan stesen televisyen berbayar Astro kerana setiap slot diselitkan dengan iklan walaupun semua tahu, sebagai stesen berbayar, Astro tidak patut berbuat demikian.

Isu tersebut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga suami kepada aktres popular Zizie Ezette, Datuk Bung Mukhtar Radin.

Melalui satu rakaman pada sesi di Dewan Rakyat semalam, beliau mengutarakan pendapat bahawa syarikat tersebut seharusnya ditutup kerana telah menipu rakyat dan kerajaan berulang kali.

Tutuplah ini Astro sebab dalam perjanjian apabila Astro beroperasi, dia tidak boleh menyiarkan iklan, sebab dia TV berbayar. Tetapi iklan dia, Masya-Allah, kalah TV3 punya iklan.”


Tambah beliau lagi, “Iklan dia berbilion-bilion. Dua kali rakyat ditipu, kerajaan ditipu oleh Astro.”

Walau bagaimanapun, suasana menjadi gamat apabila Timbalan Speaker, Ismail Mohamad Said berseloroh apabila beliau bertanyakan kepada Bung, “Kinabatangan, tak bimbang kah ada pelakon drama kena sekat dari Astro? Nanti tak boleh masuk.”

Soalan itu yang ditujukan kepada Bung kerana isterinya merupakan dramatis terkenal tanah air menerima reaksi ketawa daripada Bung dan seisi dewan.

bung n zizi

Bung dan isterinya

Bung kemudiannya membalas bahawa rezeki berada di mana-mana dan beliau lebih mengutamakan kepentingan rakyat.

Mungkin apa yang diujar oleh Ahli Parlimen Kinabatangan itu sudah sampai masanya perlu diteliti.

Dan satu perkara yang beliau mungkin terlepas pandang ialah kekerapan program yang sama diulang Astro.

Sangat menyakitkan hati apabila program sama diulang selama berbulan-bulan.


Kekadang kasihan lihat bebudak duk ulang tengok kartun yang sama berkali-kali.

Apa pun alasan Astro, pokok pangkal isu ialah program di stesen berbayar beriklan itu kerap sangat diulang tayang.

Aduan tentang masalah gangguan siaran setiap kali hujan (kadang-kadang belum hujan baru angin kencang sikit je) pun dah naik berbuih diutarakan pengguna.

Mintak pihak berwajib agar bertindak segera dan jangan buat-buat pekak dengan rintihan rakyat- MYNEWSHUB.CC

(Visited 8 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,