Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Faktor Satianathan, Mat Yo pindah ATM

Mat Yo“Peluang bermain di bawah B Satianathan adalah antara faktor yang mempengaruhi keputusan saya ke Angkatan Tentera Malaysia musim depan.” Itulah pengakuan penyerang negara Norshahrul Idlan Talaha.

Beliau ingin mengembalikan keyakinan dirinya yang semakin hilang setelah mhampir semusim menjadi pemain gantian di JDT.

Sebelum ini Matyo menjadi rebutan Terengganu dan ATM. Namun ATM pantas mendakwa Matyo sudah menjadi hak mereka.

“Terengganu boleh lupakan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) kerana dia akan datang ke sini”, itu nada keyakinan pengendali ATM B Sathianathan yang percaya bekas anak didiknya itu akan memilih haluan bersama skuadnya bagi mengharungi saingan musim 2015.

Mat Yo, 28, yang dikecam hebat peminat bola sepak tempatan ekoran kegagalan menyempurnakan sepakan penalti hingga menyebabkan Johor DT mengigit jari menjulang Piala Malaysia, dilapor turut berada dalam radar skuad Penyu bagi menguatkan cabaran pasukan itu musim depan.


Namun Sathianathan berkata, Mat Yo yang kini bersama skuad kebangsaan bagi persiapan menghadapi Piala AFF di Singapura hujung bulan ini, sudah menyatakan persetujuan secara lisan untuk bergabung bersama The Gladiators.

“Kami dah berbincang sebelum ini dan dia mahu datang ke sini. Saya juga sudah bercakap dengan jurulatih Bojan Hodak, nampak semua berjalan baik cuma kami perlu tunggu hingga kontraknya tamat hujung tahun ini.

“Dia bukan asing dengan saya. Dia ada beritahu mahu kembali dan ingin merebut tempat dalam pasukan negara.
“Dia minta saya membantunya. Saya yakin jika dia bersama kami, tempatnya dalam pasukan sudah terjamin kerana ketika ini saya perlukan seorang penyerang yang boleh bergandingan dengan Palacios (Jerry Palacios),” katanya yang pernah mendidik Mat Yo ketika bersama Kelantan pada musim 2009-2011.

ATM melakukan rombakan besar-besaran dengan melepaskan sebilangan besar pemain musim ini dan hanya mengekalkan sembilan pemain, penjaga gol Syed Adney Syed Hussein, K Reuben, Norfazly Alias, Amirizwan Taj Tajuddin, Mohd Affize Faisal Mamat, Riduan Maon, Christie Jayaseelan, Venice Elphi dan ketua pasukan Hairuddin Omar.


Empat pemain baru adalah bekas penjaga gol Perak, Razi Effendi Suhit, Azmeer Yusof (Perak), Obinna Nwaneri (Kelantan), Mohd Fadzli Saari (Sime Darby).

Manakala bintang Piala Dunia dari Honduras, Palacios dijangka hadir ke Kuala Lumpur pada 25 November ini dan majlis menandatangani kontrak dijalankan pada hari sama di samping beberapa pemain tempatan lain bakal mengikat kontrak bagi melengkapkan skuad itu.

Ketika ditanya mengenai kegagalan Mat Yo menjaringkan gol ketika penentuan sepakan penalti, Sathianathan berpendapat itu lumrah kehidupan seorang pemain profesional yang ada kalanya melakukan kesilapan dalam perlawanan.
“Janganlah kita menghentam orang sesuka hati. Pemain dunia pun ada yang gagal ambil sepakan penalti. David Beckham pernah jatuh ambil penalti.

“Saya kenal Mat Yo, mental dia kuat. Saya harap dia lupakan peristiwa itu dan terus pandang ke depan,” katanya.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,