Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Baddrol Bakhtiar Akan Kekal Bersama Kedah – KFA

KUALA-LUMPUR-Tonggak-pasukan-Kedah-Baddrol-Bakhtiar-berharap-Persatuan-Bola-Sepak-Kedah-KFA-mempertimbangkan-hasratnya-untuk-menyertai-kelab-Liga-Super-Indonesia-Pelita-JayaALOR SETAR, 8 Nov: Hasrat Pahang untuk memikat perancang utama pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar musim 2015 tidak kesampaian apabila pemain itu akan kekal bersama pasukan Hijau Kuning.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah, KFA, Aminuddin Omar.

Menurut Aminuddin, beliau sendiri telah berhubung dengan Baddrol yang kini sedang menjalani latihan bersama pasukan Harimau Malaya dan pemain itu memberi reaksi positif bersama Lang Merah.


“KFA masih lagi memerlukan khidmat beliau dan saya pun telah berhubung dengan badrol dan In Shaa Allah saya ingat beliau masih lagi berminat untuk bermain dengan Kedah dan saya yakin perbualan saya dengan beliau, beliau tidak akan tinggalkan Kedah in Shaa Allah..” Katanya kepada Berita KEDAHfm di sini hari ini.

Kontrak Baddrol bersama KFA akan tamat dalam tempoh dua minggu lagi.


KEDAH VS KELANTANAminuddin turut mengesahkan, jodoh keempat-empat pemain import pasukan itu termasuk penyerang dari England, Billy Osman Mehmet sudah berakhir apabila KFA membuat keputusan untuk melepaskan mereka.

Ini bermakna, Kedah akan mendapatkan khidmat pemain import baharu bagi menyarung jersi Hijau Kuning musim depan.

Selain Billy, Kedah turut dibarisi pemain import dari Korea Selatan, Namkung Woong; pemain pertahanan dari Australia, Adam Griffith selain Jose Franco Gomez yang mengalami kecederaan di pertengahan musim.

(Visited 9 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,