Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Penyampai Era, Ira Dikecam Peminat Kerana Buka Tudung

hijrahPENYAMPAI radio ERA fm,  Ira Mohd Amin yang memulakan langkah baru dalam hidup dengan berhijab Ramadhan lalu mengejutkan peminatnya apabila bergambar tanpa tudung bersama teman baiknya, Nana Mahzan.

Memetik laporan portal Murai Batu, akibatnya dia menerima kecaman peminat kerana tidak istiqomah dalam menutup aurat.

Berikut merupakan foto yang dimuatnaik Nana:



iraaminbukatudung0edited

Menurut Murai Batu, tidak diketahui sama ada ianya dimuat naik atas persetujuan Ira atau tidak tapi ditegur oleh ramai peminat dari pengikut di laman Instagram milik Nana Mahzan.

Kebanyakan peminat tidak bersetuju dengan sikap Ira yang sengaja tidak bertudung apabila keluar sedangkan dia sudah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya sebelum ini.

Berikut merupakan komen-komen peminat berkenaan:

iraaminbukatudung1edited
Sebelum ini, Ira pernah mengeluarkan kenyataan yang “bertudung adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk setiap wanita Islam. Saya cuma rasakan kini sudah tiba masanya untuk saya berhijrah.”


Namun dia juga berkata yang dia, “Berubah dan berhijrah bukan untuk menjadi seorang ustazah atau orang alim, saya cuba untuk menjadi seorang wanita Islam yang baik dari sekarang. Saya masih Ira Mohd Amin yang anda kenali.”

Tak mengapalah Ira, memang berhijrah memerlukan pengorbanan dan istiqomah. Insya Allah, semoga lepas ini Ira lebih cekal menghadapi dugaan penghijrahannya. MYNEWSHUB.CC

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,