Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Gary Steven pamer aksi bertenaga

7916

Aksi Gary ketika menentang Manchester City

Incheon: Kesakitan bahu dilupakan seketika pemain tengah negara, Gary Steven Robbat yang membantu skuad Harimau Muda menundukkan Laos 4-0 pada temasya Sukan Asia Incheon, semalam.

Kemasukan pemain yang baru saja menyambut hari jadi ke-22 dua minggu lalu nyata mengubah corak permainan pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang terdesak memerlukan kemenangan besar.

Gary menggantikan penyerang Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-63 ketika Malaysia hanya mampu mendahului 1-0 dan dia pantas mencuri tumpuan apabila hantarannya menyaksikan Nor Farhan menyumbat gol kedua 13 minit kemudian.

Beberapa hantaran tepatnya turut membantu skuad negara beraksi lebih baik berbanding persembahan hambar pada babak pertama.

“Ini perlawanan pertama saya selepas lama tidak beraksi kerana kecederaan dan bahu saya masih berasa sakit.


Tapi, jurulatih meminta saya supaya tidak terlalu memaksa diri jadi saya cuba bermain dengan selamat.

“Namun, banyak lagi yang perlu kami perbaiki bagi perlawanan berikutnya.

Jika saya diberi peluang beraksi menentang Arab Saudi (Ahad ini) saya akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin kerana kami perlu menang ke atas mereka,” katanya.

Sementara itu, kapten Aidil Zafuan Radzak yang turut beraksi kali pertama pada temasya kali ini, lega sumbangan jaringan pertamanya berjaya menaikkan semangat rakan sepasukan mencari lebih banyak gol.

BACA: VIDEO Menang besar, Kim Swee mahu pemain fokus


“Saya sudah lupa bila kali terakhir menjaringkan gol buat negara, tapi rasanya tiga tahun lalu menentang Taiwan pada kelayakan Piala Dunia.

Saya gembira kerana jaringan itu penting lagipun kami ketandusan gol akhir-akhir ini,” jelasnya yang digantikan Amer Saidin pada minit ke-67.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,