Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Rusia, Puak Pemisah tunjuk bukti Ukraine dalang kejadian MH17

UntitledHari ini pihak Rusia telah membuat sidang akhbar berkenaan isu MH17 setelah lama berdiam diri.

Mereka membuat sidang akhbar dengan analisa yang terperinci dari data yang diperolehi.

Pihak Rusia menyatakan kotak hitam dapat merungkai kenapa MH17 menukar haluan pada saat akhir sebelum kehilangannya.

Data radar menunjukkan terdapat pesawat tentera Ukraine yang berada di kedudukan yang sama dengan MH17 pada ketika kejadian berlaku.

Pihak Rusia juga mempersoalkan kenapa tentera Ukraine bersedia dengan 3 kedudukan meriam BUK M-1 di sepanjang laluan MH17.

Operasi ketenteraan Radar Ukraine menunjukkan begitu proaktif ketika hari kejadian.

Untitled1Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.

Rusia juga mencabar pihak Amerika supaya dapat memberi imej satelit mereka yang berada di kedudukan strategik ketika kejadian berlaku yang mungkin dapat membantu siasatan ini.

Rusia berharap siasatan dilakukan dengan telus dan adil.

Semalam ketua puak pemisah menafikan mereka terlibat kerana mereka tiada kepentingan untuk menembak pesawat komersial itu. Hanya Ukraine yang mempunyai kepentingan untuk menarik perhatian Amerika supaya menyertai mereka memerangi Rusia.

Vid 1: Sidang media Rusia

Vid 2: Temubual dengan ketua puak pemisah

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,