Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Torres gembira dapat peluang ke Piala Dunia

Spain Euro 2012 Training SessionFernando Torres meluahkan kegembiraannya dengan peluang untuk menyertai pasukan Sepanyol sekali lagi.

Musim ini agak mengecewakan bagi Torres terutamanya dengan kecederaan semasa di Chelsea tetapi penyerang itu diberi peluang dalam sesi latihan Sepanyol oleh pengurus Vicente del Bosque dalam senarai 30 pemain pada awal bulan ini.

Del Bosque telah memberi beberapa lagi pemain lamanya peluang untuk membuktikan diri dalam perlawanan persahabatan dengan Bolivia sebelum memilih senarai 23 pemain untuk ke Brazil.

Bekas penyerang Atletico Madrid dan Liverpool itu, yang telah menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Euro 2008 dan 2012, memberitahu media Sepanyol: “Saya amat gembira dapat bersama pasukan kebangsaan sekali lagi. Saya telah melalui setahun tanpa mewakili La Roja sejak Piala Konfederasi.

“Saya tahu apa-apa dapat terjadi. Semalam ia masih belum jelas jika saya akan ke sini, hari ini saya mempunyai peluang untuk ke Brazil.

“Tahun ini amat sukar bagi saya tetapi saya rasa yang saya telah mengakhiri musim dengan baik. Saya berterima kasih kepada Vicente yang mengambil kira sumbangan saya dalam detik terakhir ini.

“Kini saya harus berjuang untuk membuktikan diri dalam skuad akhir untuk ke Brazil.”
Torres diletakkan dalam senarai 19 pemain yang akan bertemu Bolivia nanti tetapi tiga penyerang lain tidak dipilih, Alvaro Negredo, Fernando Llorente dan Diego Costa yang cedera.

Del Bosque menyatakan bahawa beliau masih belum menentukan senarai terakhir tetapi Torres sedar bahawa ini adalah peluang keemasan baginya.

“Senarai ini adalah untuk pasukan yang akan bertemu Bolivia. Kami harus mengambil kesempatan minggu ini, untuk menikmatinya dan harap yang kami akan ke senarai terakhir. Ini adalah langkah yang berat, tetapi tiada yang telah ditentukan lagi.

“Saingan memang sengit sejak dulu lagi pada kejohanan Eropah 2008: (Fernando) Morientes, Raul, (David) Villas, (Roberto) Soldado, Negredo dan kini Costa… tahap permainan kami agak tinggi, tetapi kami bukan pemain lawan, kami adalah rakan sepasukan dan semua harus memberi sokongan.”

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,