Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Atletico jumpa Real dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara

_74565949_022094382-1LONDON – Dua kelab Sepanyol akan merebut kejuaraan Liga Juara-juara selepas Atletico Madrid menewaskan Chelsea 3-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stamford Bridge hari ini.

Atletico akan menentang Real Madrid dalam perlawanan akhir di Lisbon, Portugal pada 24 Mei ini.

Bekas penyerang Atletico, Fernando Torres kelihatan mampu meletakkan Chelsea ke perlawanan akhir setelah menjaringkan gol pada minit ke-34 tetapi Adrian Lopez menyamakan kedudukan hanya 10 minit kemudian.

Chelsea v Atletico Madrid - UEFA Champions League Semi Final Second LegDiego Costa kemudian meletakkan Atletico pada kedudukan selesa dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-60 setelah penyerang gantian tuan tumah, Samuel Eto’o mengkasarinya di dalam kawasan gol.

Baca: Real malukan Bayern untuk ke final UCL

Gol ketiga pasukan pelawat dijaringkan oleh pemain sayap, Arda Turan pada minit ke-72 memastikan mereka menuruti kemenangan bergaya Real dalam satu lagi perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung 24 jam lebih awal.

Real mara ke perlawanan akhir menerusi agregat 5-0 setelah menumpaskan juara tahun lalu, Bayern Munich 4-0 di Allianz Arena semalam.

Highlights – LIKE Facebook untuk highlights terkini

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,