Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Steve Darby dipecat, Price Tagoe sah sertai TRW

Screen-Shot-2013-11-04-at-10.26.08-PMKAFA mengambil langkah drastik dengan memecat jurulatih Steve Darby berkuatkuasa serta merta sejurus selepas The Red Warriors (TRW) kalah teruk 4-0 di tangan Sime Darby.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengadakan perbincangan setelah tamat perlawanan tersebut.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata dalam laman facebook miliknya: “Setelah berbincang dengan pengurusan TRW sebentar tadi, kita mengambil keputusan melepaskan Steve Darby dari tugas kejurulatihan TRW berkuatkuasa serta merta”.

Sementara itu, dalam “posting” yang sama, Annuar Musa turut mengesahkan Kelantan sudahpun mengikat kontrak dengan pemain dari Ghana, Price Tagoe.

10264828_732470076774075_3009840430062556673_n

Gambar Dunia Sukan

10011473_732463746774708_5995545522744695316_n

Gambar Dunia Sukan

“Kita juga mengesahkan TRW telah mengikat kontrak dengan pemain Piala Dunia dan Bundesliga dari Ghana Prince Tagoe. Beliau dijangka beraksi Jumaat ini menentang Sarawak,” kata Annuar Musa.

Dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Selayang malam tadi, ia menyaksikan pemain Sime Darby, Mateo Roskom mencipta hatrik masing-masing pada minit ke-6, 46 dan 69, manakala satu lagi gol dihasilkan oleh Mahmoud Amnah di minit ke-66.

Ia adalah kekalahan terburuk Kelantan dalam saingan Liga Super pada musim ini.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , ,