Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Rajagobal berada dalam radar Vietnam

n_27rajagopalNAMA bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal disebut-sebut sebagai antara calon ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Vietnam.

Ketika ini, Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dilapor terdesak mencari pengganti, Hoang Van Phuc yang melepaskan jawatannya bulan lalu.

Selain Rajagobal, bekas pemain Chelsea, Marcel Desailly turut berada dalam radar VFF.

Namun, VFF dikatakan lebih berminat memantau perkembangan Rajagobal apabila Desailly dilapor menuntut gaji yang tinggi.

Ketika ditanya mengenai perkara tersebut, Rajagobal mendedahkan dia masih belum menerima tawaran daripada pihak VFF.

“Saya ada dengar (tawaran) itu juga daripada (laporan) akhbar Vietnam. Apa yang boleh saya katakan, tiada (tawaran) buat masa ini.

“Jika benar, ia adalah satu penghormatan bagi saya tetapi saya mahu menilai dulu ‘hitam-putih’ (tawaran) sebelum membuat sebarang keputusan,” kata Rajagobal.

Rajagobal turut mengakui, beliau menerima tawaran daripada beberapa pasukan tempatan.

“Jika ditanya manakah lebih utama sama ada menjadi jurulatih kebangsaan atau pasukan negeri atau kelab, saya mahu pergi ke cabaran lebih besar.

“Saya fikir saya lebih tertarik kepada peringkat antarabangsa tetapi seperti yang saya katakan tadi, saya mahu menilai setiap tawaran dulu,” jelasnya.

Rajagobal dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya pada 2009 sebelum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya yang tamat Disember tahun lalu.- Kosmo

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

,