Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Pengurus JDT II tumbuk pengadil, Penyokong berang

1006094_295547077275265_4115322470007989076_nJOHOR BAHRU -Pengurus Johor Darul Ta’zim II, On Jabbar mencetuskan kegemparan malam tadi apabila menumbuk muka pengadil, Sukri Abd. Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2 malam tadi.

Ketika pemain kedua-dua pasukan hendak meninggalkan padang, On tiba-tiba menumbuk muka Sukri sebelum mereka disuraikan dan dia dibawa keluar padang dengan diiringi pihak polis.

Selain itu, segelintir peminat turut mendakwa pihak pengadil tidak menjalankan tugas dengan adil apabila terdapat beberapa keputusan yang dibuat tidak memihak kepada pasukan tuan rumah.

Beberapa ratus penyokong JDT turut berkumpul di perkarangan pintu masuk orang kenamaan (VIP) manakala segelintir daripada mereka mendesak pengadil untuk keluar dan memohon maaf kepada mereka.

10153829_295547083941931_7021588252478336562_nPengulas sukan, Serbageth Singh bertindak bertemu dengan penyokong yang berkumpul di luar stadium dan bertindak menenangkan mereka.

“Setiap tindakan yang dibuat akan menimbulkan reaksi, jadi saya berharap semua pihak bersabar,” katanya.

Sungguhpun demikian, beliau menjelaskan memang terdapat beberapa keputusan pengadil yang tidak tepat semasa permainan berlangsung.

Tidak lama selepas Serbegeth beredar, penyokong yang berkumpul turut bersurai.- Utusan

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,