Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Keane kritik pemain United, Ferguson setuju Moyes dipecat

Ferguson-Keane_GI_2088396cMANCHESTER – Bekas ketua pasukan Manchester United, Roy Keane mendakwa pemain kelab itu dan Ketua Eksekutif, Ed Woodward gagal memberi sokongan kepada David Moyes semasa bekas pengurus itu mengambil alih tugas di Old Trafford.

Keane, menegaskan kepada ITV Sport, sepatutnya Moyes diberikan masa untuk mengembalikan zaman kegemilangan United, namun akibat kurang mendapat sokongan daripada kelab telah membuatkan pengendali dari Scotland itu gagal.

“Saya rasa ini sangat memalukan dan sepatutnya dia diberikan masa lagi serta pemain United perlu malu dengan diri mereka sendiri. Saya fikir mereka telah mengecewakan Moyes dengan perbuatan mereka itu. Kenyataan tersebut dibuat oleh Keane ketika diminta untuk me­ngulas pemecatan Moyes.

“Dia semestinya berusaha de­ngan gigih ketika mengambil alih tugas pada musim panas yang lepas. Woodward dan Moyes juga dikatakan tidak mempunyai persefahaman dan ini menyebabkan berlakunya pertelingkahan.

Penolong pengurus bagi pasukan Ireland itu juga mempertahankan Alex Ferguson dalam perlantikan Moyes setelah dia sendiri yang mencalonkan bekas pengurus pasukan Everton itu sebagai penggantinya pada musim panas lalu.

“Tidak semestinya dia (Ferguson) yang memilih Moyes, tegas Keane. “Dia hanya meletakkan nama Moyes sebagai calon dan kelab perlu membuat pemilihan. Awak tidak boleh terlalu kritikal terhadap Alex Ferguson.

Baca: Moyes dipecat, Giggs pengganti sementara

“Amat menyedihkan buat Moyes untuk menamatkan liga di anak tangga ketujuh, awak semesti­nya memerlukan sokongan ketika memerlukannya namun perkara tersebut tidak terjadi pada dia ter­utamanya dalam kalangan pemain. Saya fikir dia patut diberikan masa,” katanya.

Beberapa akhbar Britain semalam menjangkakan Ferguson dan rakan sejawatannya dalam ahli lembaga pengarah, Bobby Charlton akan dirujuk bagi membuat pemilihan pengurus baharu pasukan United.

Sementara itu, Alex Ferguson memainkan peranan utama dalam keputusan Manchester Uni­ted untuk memecat David Moyes daripada jawatan pengurus.

Tidak sampai setahun Moyes dilantik sebagai penggantinya, bekas boss United itu yang merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah telah bertanggungjawab menamatkan karier pengurus tersebut dalam pertemuan yang dilakukan di sebuah hotel di Manchester, malam Ahad lalu.

Berita mengenai Ferguson sudah semakin hilang kepercayaan terhadap Moyes sememangnya mengejutkan penyokong United. Difahamkan Ferguson telah mula meragui kemampuan penggantinya itu sejak dua bulan lalu, dan menyedari keputusan yang dibuatnya sebelum ini merupakan satu kesilapan besar.

Keputusan yang dibuat oleh Ferguson bersama Woodward, bekas ketua eksekutif, David Gill dan le­genda United, Bobby Charlton pada malam Ahad lalu bagi memecat Moyes sebelum penghujung musim telah pun dirancang.

Giggs dilihat oleh kelab sebagai pengurus United pada masa depan dan berharap penggantinya Moyes akan mengekalkan pemain tersebut. Mereka juga berharap dapat mencipta satu jawatan yang sesuai buat pemain kesayangan, Paul Scholes.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , ,