Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

FAM akan laksana sistem pengadil tambahan

FW277778_SK09_160413_PIALA_FA-642x429SHAH ALAM: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal melaksanakan sistem penolong pengadil tambahan (AAR) bermula peringkat suku akhir kejohanan Piala Malaysia 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, sistem itu diterima pakai dari Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA), yang akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Liga Malaysia (Liga M) awal tahun depan.

Baca: Video kesilapan pengadil, TMJ sanggup sedia dana

“Kita akan memperkenalkan sistem ini bermula pertengahan tahun ini secara berperingkat-peringkat bermula dengan beberapa perlawanan persahabatan dan digunakan secara sepenuhnya bermula 2015,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus penolong pengadil tambahan anjuran FAM di sini hari ini.

Menerusi sistem itu, beliau berkata, akan terdapat dua penolong pengadil tambahan, menyertai seorang pengadil dan dua pembantu pengadil.

Mereka akan ditempatkan di sepanjang garisan gol di setiap gawang untuk melihat insiden di kawasan penalti dan membantu pengadil membuat keputusan, katanya.

“Dengan kos setiap set ‘Radio Communication System’ dan ‘Electronic Flag’ yang dianggarkan mencecah RM15,000, kita memerlukan 15 set peralatan sedemikian bagi memastikan sistem ini dapat dilaksanakan dalam Liga Malaysia,” kata Astaman.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Jawatankuasa Pengadil FAM menerima enam aduan mengenai mutu pengadilan yang lemah, dari 415 perlawanan Liga M setakat ini.

Baca: Sukar wujudkan pengadil Pro – Hamidin

“Dua dripadanya mempunyai asas untuk mengambil tindakan terhadap pengadil.

“Selain itu, seramai tujuh pengadil dan penolong pengadil telah diambil tindakan berdasarkan laporan penilaian pengadil,” katanya.

Sebanyak 33 pengadil menyertai kursus dua hari itu yang bermula hari ini di bawah kendalian Hugh Dallas, Werner Helsen (kedua-duanya dari jawatankuasa pengadil UEFA) selain empat pengajar tempatan iaitu Subkhidin Mohd Salleh, Mohammad Radzali Yaacob, Nasaruddin Ishak dan Ahmad Khalidi Supian. – Bernama

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,