Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Chelsea benam PSG, Layak separuh akhir UCL

Chelsea-v-Paris-Saint-Germain-FC-UEFA-Champions-League-Quarter-Final-3390442PARIS: Paris Saint Germain (PSG) hancur tanpa Zlatan Ibrahimovic dan Chelsea mencuri peluang tersebut untuk menumpaskan kelab Perancis itu 2-0 (agregat 3-3) untuk mencipta magik dan mara ke separuh akhir Piala Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Pada perlawanan pertama minggu lalu Chelsea tewas 1-3.

Namun begitu gol oleh pemain antarabangsa Jerman, Andre Schurrle dan Demba Ba tiga minit sebelum perlawanan tamat sudah memadai untuk skuad Jose Mourinho mara atas peraturan gol di tempat lawan.

Bagaimanapun Chelsea terpaksa membayar harga yang mahal di atas kemenangan itu apabila perancang tengah mereka, Eden Hazard terpaksa dikeluarkan pada minit yang ke-18 kerana cedera dan tempatnya diambil alih oleh Schurrle.

Namun kemasukan Schurrle sebaliknya membawa tuah kerana dia menyumbat gol pertama Chelsea pada minit ke-32.

Dan kemudian pada minit ke-66, Mourinho sekali lagi membuat pertukaran kali ini mengantikan Frank Lampard dengan Demba Ba.

Chelsea-v-Paris-Saint-Germain-FC-UEFA-Champions-League-Quarter-Final-3390224Pengurus asal Portugal itu sekali lagi membuat pertaruhan yang besar tetapi ternyata ia sama sekali berbaloi kerana hanya baki tiga minit lagi sebelum permainan tamat, pemain berbadan besar itu menjaringkan gol yang membawa Chelsea ke separuh akhir.

Chelsea: Cech 8.5, Ivanovic 7, Cahill 7, Terry 7, Azpilicueta 6.5, Luiz 6.5, Lampard 7 (Ba 66, 7), Willian 7.5, Oscar 6.5 (Torres 81), Hazard 5 (Schurrle 18, 8), Eto’o 6.5.

Simpanan: Schwarzer, Cole, Mikel, Kalas.

Kad Kuning: Willian, Lampard, Ivanovic, Luiz.

Gol: Schurrle 32, Ba 87.

PSG: Sirigu 6.5, Jallet 6.5, Alex 7, Thiago Silva 7, Maxwell 6.5, Verratti 6 (Cabaye 54, 6.5), Thiago Motta 7, Matuidi 6.5, Lucas Moura 6.5 (Marquinhos 84), Cavani 6.5, Lavezzi 7.5 (Pastore 72).

Simpanan: Douchez, Menez, Digne, Van Der Wiel.

Kad Kuning: Verratti, Cavani, Lucas Moura, Maxwell.

Highlights – LIKE Facebook untuk highlights terkini

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,