Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

UCL: Barcelona, PSG layak ke suku akhir

Lionel Messi dan Dani Alves menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 Barcelona atas Manchester City di padang sendiri.

Kedua-dua pemain itu telah menjaringkan gol dalam kemenangan perlawanan pertama di Stadium Etihad dan melengkapkan kemenangan agregat 4-1 atas kelab England itu.

City berjaya menyamakan kedudukan selepas gol pembukaan Messi hasil sepakan ketua pasukan Vincent Kompany tetapi harapan mereka untuk bangkit semakin nipis apabila Pablo Zabaleta dibuang padang akibat kad kuning kedua.

Pengurus City Manuel Pellegrini hanya mampu menyaksikan pasukannya dari jauh kerana digantung dua perlawanan akibat mengkritik pengadil.

Sementara itu, Paris St Germain juga mara ke perlawanan pusingan suku akhir Liga Juara Juara dengan kemenangan agregat 6-1 atas Bayer Leverkusen.

PSG menang 2-1 hasil jaringan Ezequiel Lavezzi 53′ dan Marquinhos 13′ manakal gol Leverkusen pula dijaringkan oleh Sidney Sam 6′.

Highlights – LIKE Facebook untuk highlights terkini

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,