Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Status denda AFC buat Kim Swee tersepit

Kuala Lumpur: Perancangan jurulatih sementara Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee untuk mengadakan perlawanan berstatus A bulan depan sedikit terjejas apabila kes Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) masih lagi tertangguh.

FAM didakwa AFC di bawah Artikel 65, 66, dan 67 berikutan insiden kekecohan dicetuskan Ultras Malaya pada aksi persahabatan skuad kebangsaan dengan Filipina pada 1 Mac lalu namun kes itu masih belum diputuskan Jabatan Tatatertib AFC.

Situasi itu menyebabkan Kim Swee tersepit dalam usaha mengatur perlawanan persahabatan ketika memanggil pemain untuk menjalani latihan pusat selama 10 hari bermula 20 April depan.

“Saya bercadang mengadakan perlawanan persahabatan dalam tempoh itu, namun belum tahu keputusan AFC sama ada membenarkan kami beraksi di sini atau di luar. Kalau kami membuat keputusan menunggu keputusan AFC itu pasti menyukarkan kami mengatur perlawanan dengan mana-mana pasukan pada saat akhir.

“Kalau boleh memang saya mahu mengadakan perlawanan berstatus A kerana boleh memberikan mata kepada ranking negara. Tapi jika terpaksa, saya mungkin mengadakan perlawanan dengan pasukan dari kelab luar saja. Tidak ada gunanya kami mengadakan latihan tanpa ada sebarang perlawanan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam. – HMetro

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,