Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Presiden Bayern Munich dipenjara 3 tahun, 6 bulan

JERMAN – Mahkamah Jerman semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan ke atas Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness kerana didapati bersalah mengelak cukai dengan jumlah mencecah jutaan euro.

Hoeness, 62, adalah salah seorang yang berpengaruh dalam bola sepak Jerman dan telah dikenakan hukuman tersebut selepas mengelak cukai berjumlah 3.5 juta euro (RM16 juta).

Kes ini telah mendapat perhatian dunia hingga menyebabkan orang ramai terpaksa berbaris di luar bilik mahkamah dari awal pagi semalam untuk mendapatkan tempat duduk di galeri pelawat.

Hoeness yang merupakan pemain bintang Jerman pada 1970-an pernah meraih kejuaraan Piala Dunia bersama pasukan kebangsaannya pada 1974, dan telah membawa Bayern ke tahap terbaik di peringkat antarabangsa selaku presiden kelab tersebut.

Pada Mac, polis menyerbu vila miliknya dan menahan legenda bola sepak Jerman itu sebelum melepaskannya dengan ikat jamin sebanyak lima juta euro (RM22.84 juta).

Pada Isnin lalu, Hoeness mengaku mengelak cukai sebanyak 27.2 juta euro (RM124.30 juta) dengan menyorokkan kekayaannya di dalam akaun bank Switzerland sambil ‘bertaruh’ secara keterlaluan di dalam saham dan perniagaan mata wang.

Sebelum ini beberapa ahli politik mencabar Hoeness supaya berundur segera sebagai presiden kelab dan pengerusi lembaga seliaannya manakala pemain, peminat dan veteran menyuarakan sokongan serta kesetiaan mereka yang berterusan kepadanya. – AGENSI

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,