Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Liga Super: Marlon, Arostegui mungkin digugurkan

Kuala Lumpur: Nasib dua pemain import Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James dan Juan Manuel Arostegui seakan berada di hujung tanduk kerana khidmat mereka mungkin ditamatkan pada jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga-M) dari 23 Mac hingga 22 April ini.

Bayangan itu diakui sendiri oleh pengendali ATM, B Sathianathan selepas ketumpulan posisi itu menyebabkan pasukannya tewas 3-0 kepada Terengganu di Stadium Selayang, kelmarin.

Rungutan bekas jurulatih kebangsaan itu mungkin ada asasnya kerana Marlon kini masih dihimpit kecederaan manakala Arostegui dilihat gagal menyempurnakan deretan peluang terhidang.

Penyudah buruk

“Saya akan jumpa pengurusan dan kekalahan ini adalah kerana kita tidak memiliki sentuhan penyudah selepas Hairuddin Omar bermain di pertahanan.

“Saya kena cari. Dalam tempoh dua atau tiga minggu ini, kita lihatlah siapa (pemain) dan kalau tidak sembuh lagi saya akan ambil keputusan untuk gugurkan mereka dan digantikan dengan pemain lain,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Mengulas lanjut kekalahan pasukannya, Sathianathan berkata anak buahnya sering hilang bola dan memberi peluang kepada lawan membuat serangan balas.
“Sebenarnya kami mengawal perlawanan dan apa yang membezakan antara ATM dengan Terengganu adalah faktor penyudah malah pemain tempatan mereka juga membuktikan mampu jaringkan gol.

“Kita boleh lihat daripada dua peluang Terengganu, mereka berjaya dapatkan gol pertama. Apabila ketinggalan, kami seakan tidak ada disiplin dan sering hilang bola,” katanya. – BH

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,