Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

BPL: United sanggup bayar mahal untuk Luke Shaw

MANCHESTER – Manchester United sedia berbelanja besar untuk menjadikan permata baharu England, Luke Shaw sebagai pemain remaja yang menerima gaji paling tinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Pengendali United, David Moyes sanggup membayar 75,000 pound (RM410,000) seminggu kepada Shaw dalam usaha memancing bek kiri berusia 18 tahun itu dari Southampton pada musim panas ini.

Malah, Southampton juga dikatakan sedia memulakan rundingan mengenai masa depan pemain tersebut, yang membuat penampilan sulung bersama skuad senior England dalam aksi persahabatan menentang Denmark pada Rabu lalu.

Shaw masih memiliki kontrak lima tahun bersama Saints, yang ditandatangani pada Julai tahun lalu. Ia adalah kontrak profesional pertama buat pemain remaja sensasi itu.

Selain United, dua lagi gergasi Liga Perdana, Chelsea dan Manchester City juga berminat untuk mendapatkan khidmat pemain yang merupakan produk Akademi Southampton itu.

Bagaimanapun United sanggup membayar berapa saja untuk membolehkan mereka menyambar pemain pertahanan yang dianggarkan bernilai 30 juta pound (RM163.7 juta).

Shaw adalah penyokong Chelsea, malah ibu bapanya tinggal hampir dengan padang latihan Blues di Surrey.

Namun menurut akhbar Britain, Daily Star, pengurus Chelsea, Jose Mourinho keberatan untuk meme­nuhi permintaan tinggi Saints, sedangkan Moyes tidak kisah untuk membayar berapa saja yang diminta.

Penyerang England, Wayne Rooney merupakan penerima gaji tertinggi di United dengan menikmati 300,000 pound (RM1.63 juta) seminggu, manakala pemain tengah Sepanyol, Juan Mata adalah pemain termahal dibeli oleh Red Devils musim ini dengan harga 37 juta pound (RM202 juta).

Moyes percaya, United berada di ranking teratas untuk membeli Shaw. – AGENSI

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , ,