Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

BPL: Chelsea tewas, City menang

LONDON: Chelsea membuka saingan Liga Perdana Inggeris kepada pasukan lain apabila tewas 1-0 di Aston Villa.

Kekalahan itu sekali gus membolehkan Manchester City mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga itu kepada enam mata dengan kemenangan 2-0 di Hull.

Chelsea menyaksikan Willian dan Ramires dibuang padang dalam perlawanan di Villa Park di mana Fabian Delph menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.

City melompat mengatasi Arsenal dan Liverpool untuk ke tempat kedua hasil gol David Silva dan Edin Dzeko.

City bermain kurang tiga perlawanan berbanding Chelsea manakala Liverpool dan Arsenal tujuh mata di belakang dan bermain kurang dua perlawanan. – AP

Highlights – LIKE Facebook untuk highlights terkini

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,