Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Perminat MLM pertikai kemenangan Sepahtu

SHAH ALAM:  Rata-rata komen peminat terhadap kemenangan Sepahtu mempertikaikan kemenangan mereka kerana ramai beranggapan Bocey atau Shiro lebih layak.

Sememangkan semalam Sepahtu dilihat gagal mencuit hati peminat dengan persembahan mereka. Bocey dilihat mempunyai aksi lawak yang konsisten dan lebih layak menang.

Selepas sembilan minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) menjadi milik kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Rahim dan Shuib apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Jumaat.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Shiro yang disertai oleh Shahrul dan Ajak. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu kumpulan Bocey mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.

Kumpulan Shiro berjaya mendapat tempat kedua.

Bocey Turut memenangi kategori Man of the Match.

Kumpulan Jambu menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Manakala peserta solo iaitu Nabil Ahmad berada di tempat kelima. Nabil mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal.

Bocey.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2013 akhir itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikal dan Nora Danish.

Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

MLM 2013 bersiaran secara langsung bermula 15 November lalu, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,