Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

FAM denda Mat Yo RM5,000

Kelana Jaya: Penyerang Johor Darul Ta’zim (DT) Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo dikenakan denda RM5,000 akibat kesalahannya tidak hadir melapor diri pada hari pertama latihan pusat skuad kebangsaan.

Pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan penyerang berasal dari Terengganu itu didenda akibat kesalahannya sebelum ini dan berharap hukuman itu memberi pengajaran kepada pemain berkenaan dan pemain lain.

“Dia seorang pemain yang bagus dan kami sememangnya perlukan khidmatnya apabila menentang Filipina dan Yaman. Dia menelefon saya dan memberitahu urusan umrahnya ditangguhkan dan dia mahu sertai kita.

“Jadi saya sudah berbincang bersama jurulatih dan kami bersetuju menerimanya, tetapi dengan syarat Mat Yo perlu membayar denda,” katanya semalam.

Sementara itu, Subahan turut mendedahkan Jawatankuasa Pemilihan Jurulatih FAM menerima permohonan daripada bekas pemain Bayern Munich dan AC Milan, Jean-Pierre Papin ke dalam senarai 42 calon jurulatih tetap skuad negara.

“Papin berminat dengan jawatan ini, tapi kami tidak mahu terburu-buru.

“Kami sebelum ini hampir berjaya mendapatkan khidmat Troussier, tapi malangnya gagal dan akhirnya FAM bersetuju untuk tidak lagi menagih khidmatnya,” katanya. – HMetro

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,